PaduAffiliate

Terma pembelian dan privasi

Dikemas kini 27 September 2026. Sila baca sebelum membeli.

1. Penjual

PaduAffiliate dijual oleh Mohamad Nurakmal bin Ab Rasid (Akmal Marvis). Hubungi kami melalui WhatsApp 011-1083 7755.

2. Produk dan harga

Pakej digital PaduAffiliate mengandungi 3,000+ video produk Shopee, 5 modul PDF (232 muka surat), rakaman webinar dan slaid, skrip ChatGPT untuk caption, checklist 7 hari dan halaman panduan ahli. Harga RM49, sekali bayar, melalui toyyibPay (FPX atau DuitNow QR). Tiada bayaran bulanan.

3. Penghantaran

Selepas bayaran berjaya, toyyibPay menghantar emel ke alamat yang anda isi. Emel itu berisi pautan folder Google Drive, pautan halaman panduan ahli dan PIN. Jika emel tidak sampai dalam 15 minit, semak folder Spam atau Promotions, kemudian WhatsApp kami dengan nama dan emel yang anda guna. Kami hantar semula.

4. Akses seumur hidup

Anda boleh terus menggunakan folder dan halaman ahli yang sama tanpa bayaran tambahan. Kemas kini dimasukkan ke dalam folder yang sama. Jika pautan berubah, WhatsApp kami dengan no. bil untuk pautan baharu.

5. Penggunaan

Bahan ini untuk kegunaan peribadi pembeli. Video produk boleh anda guna untuk post affiliate anda sendiri selepas disunting. Jangan kongsi pautan folder, pautan halaman ahli atau PIN, dan jangan jual semula bahan ini.

6. Bayaran balik

Tiada bayaran balik selepas bayaran berjaya, kerana ini produk digital yang boleh diakses terus selepas bayar. Jika emel tidak sampai atau pautan tidak berfungsi, WhatsApp kami dan kami hantar semula. Jika anda terbayar dua kali untuk pembelian yang sama, WhatsApp kami dengan kedua-dua no. bil untuk semakan. Hak anda di bawah undang-undang perlindungan pengguna Malaysia tidak terjejas.

7. Tiada jaminan pendapatan

Hasil bergantung pada usaha, konsistensi dan pilihan produk. Tangkap layar di laman ini ialah contoh, bukan purata. Kadar komisen dan syarat program ditetapkan oleh Shopee dan TikTok, dan boleh berubah. PaduAffiliate tiada hubungan rasmi dengan Shopee atau TikTok.

8. Privasi

Bayaran diproses sepenuhnya oleh toyyibPay. Kami tidak menerima atau menyimpan butiran bank atau kad anda. Kami menerima nama, emel dan no. telefon yang anda isi di toyyibPay, dan menggunakannya hanya untuk menghantar bahan serta memberi sokongan. Maklumat ini tidak dijual atau dikongsi dengan pihak lain untuk tujuan pemasaran. Laman ini tidak menggunakan kuki pengiklanan atau analitik. Fon laman dimuatkan daripada Google Fonts.

Untuk semak atau padam maklumat anda, WhatsApp kami.

Lihat pakej RM49 Laman utama